Sejarah SK Jalan Semenyih '1' (INTEG)
Pada peringkat awalnya SRK (1) dan SRK (2) Jalan Semenyih Kajang Selangor ini adalah di bawah Pentadbiran Sekolah Menengah Tinggi Kajang atau lebih dikenali dengan nama High School kajang. Dalam tahun 50an sekolah ini ditadbir oleh Pengetua Sekolah Tinggi Kajang, iaitu seorang Inggeris bernama Mr. Davidson. Sekolah Rendah ini adalah di bawah satu bumbung dengan sekolah menengah.
Memandangkan pertambahan bilangan murid-murid setiap tahun meningkat dan Sekolah Menengah Tinggi Kajang tidak boleh lagi menampung jumlah murid yang ramai, maka lembaga pengurusan Sekolah Menengah Tinggi Kajang dan Sekolah Rendah telah mengajukan kepada Kementerian Pendidikan untuk membina bangunan baru, khas untuk murid-murid Sekolah Rendah.
Ketika itu, Daerah Hulu langat tidak ada Sekolah Rendah yang mempunyai aliran Bahasa Inggeris melainkan di Sekolah Tinggi Kajang. Dengan SMTK menjadi tumpuan ibu bapa dan penjaga di daerah ini untuk mendapatkan pelajaran yang baik untuk anak-anak mereka serta fasih berbahasa Inggeris.
Dalam tahun 1953 tapak bangunan baru untuk Sekolah Rendah ini mula diratakan. Tapaknya bersebelahan SMTK setelah instrukturnya selesai, maka bangunan baru mula didirikan. Sekolah ini mengandungi 4 blok bangunan dan mempunyai 14 buah kelas. Pentadbir sekolah ini dikelolakan oleh sekolah ini sendiri dengan diketuai oleh seorang Guru Besar iaitu Puan Braga. Sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Murid-murid melebihi 700 orang dan guru seramai 25 orang. Pada masa itu lencana sekolahnya masih menggunakan lencana SMTK iaitu berwarna merah dan putih. Dalam bulan April 1955 SRK (1) telah dirasmikan oleh DYM Sultan Selangor Darul Ehsan ketika itu. Sekolah ini mempunyai lencananya tersendiri iaitu berwarna kuning dan coklat.
Sekolah ini terus berkembang dari tahun ketahun. Bilangan murid-muridnya bertambah sehingga terpaksa diadakan kelas-kelas disebelah petangnya. Ini ialah bilangan kelas tidak mencukupi untuk diadakan bagi satu sesi sahaja, iaitu di sebelah pagi. Pihak pentadbiran sekolah dan lembaga pengurusannya telah memajukan masalah kepada pihak pejabat Pendidikan Selangor D, E dan mengesyorkan supaya diwujudkan sekolah (1) dan sekolah (2) serta ditadbirkan oleh dua orang Guru Besar.